Pages

Tuesday 2 October 2012

BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

3.1 Arca timbul
3.2 Asemblaj
3.3 Mobail
3.4 Stabail
3.5 Model
3.6 Diorama
3.7 Boneka
3.8 Topeng
3.9 Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

BIDANG MENGGAMBAR

Teknik Menggambar

Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni.  Guru yang berperanan sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak.  Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman.

Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid.  Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai  media dan teknik disamping itu, ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya.  Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek .
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid.  Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya.  Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.  Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.


1)   Teknik lukisan.
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan.  Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.


2) Teknik Catan
            Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.  Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.


3)  Teknik Kolaj
            Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang  mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi.  Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.  Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan  secara ‘superimpose’ di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

4)  Teknik Montaj
            Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar.  Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.  Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.


5)  Teknik Cetakan
            Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan .  Seseorang pelukis biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi.  Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.  Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti .  Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.  Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain.   


6)  Teknik Resis
            Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.  Ianya satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.  Lilin digunakan untuk  menutup kawasan permukaan kertas atau kain.   Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal.  Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.  Teknik ini membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.


7)  Teknik Gosokan
            Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan.   Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.  Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.  Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil.  Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin.  Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.
8)  Teknik stensilan
            Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.  Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.  Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
 
9)   Teknik percikan
            Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan ‘a speckled granite- style finish’ yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain.  Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik.  Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.   Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan.  


10) Teknik Gurisan.
            Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek  atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas.  Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar.  Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
 10)  Teknik Capan
            Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan.  Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas  sesuatu permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan  berbagai jenis bahan.  Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayuran, cengkerang).  Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.
12)  Teknik Mozek
            Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar atau pecahan tembikar.  Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek.  Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan seni.  Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan.
 

Thursday 27 September 2012

PROSES MEMBUAT BINGKAI BERGAMBAR


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                                                             :           14 Ogos 2012                                                 
Waktu                                                             :           10.20 – 11.20 pagi
Hari                                                                 :           Selasa
Mata pelajaran                                             :           Pendidikan Seni Visual                        
Bilangan murid                                            :           37/37
Tahap                                                             :           2
Kelas                                                              :           5 Arif
Bidang                                                           :           Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk                                                              :           Teknik Membingkai (Frame Gambar)
Pengalaman sedia ada                              :           Mewarna, melukis dan menampal

Objektif                                                          :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid–murid dapat;
1.         Memahami proses menghasilkan Teknik Membingkai.
2.         Meningkatkan daya imiginasi.
3.         Menghaslkan frame gambar dengan Teknik Membingkai.

Pengalaman sedia ada                             :            Murid–murid pernah menghasilkan dan melakukan aktiviti mewarna, melukis dan proses menampal.

Penerapan nilai murni                               :           Murid – murid bertanggungjawab semasa melakukan proses menggam dan menampal.

Keperluan                                                     :           1.         BBM : LCD, Power point, Hasil kerja guru.
2.         ABM : gunting/pisau, kadbod (tebal & nipis), kertas warna, plastik transparensi, gam Uhu, reben, warna air dan kulit telur.
3.         Sumber rujukan :
a)         Buku sumber Pendidikan Seni Visual
b)         Huraian sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
c)         Rancangan Tahunan Pendidikan Seni Visual Tahun 5

KBKK                                                      :            Murid – murid dapat membanding beza hasil lukisan yang menggunakan Teknik Membingkai dengan teknik–teknik lain yang telah dipelajari.








JADUAL PELAKSANAAN
PERKARA / MASA
BUTIRAN KEGIATAN
FOKUS PEMBELAJARAN
CATATAN DAN ILLUSTRASI
Induksi set
( 5 minit )
·   Guru menunjukkan gambar telur ayam dan kulit telur kepada murid-murid dan membuat sesi soal jawab tentang kebaikan dan keburukan amalan makan telur ayam.
·   Guru menerangkan kepada murid-murid tajuk yang akan diajar.

·     Mengamalkan makanan yang mempunyai protein.
·     Mengamalkan pemakanan telur ayam sekali dalam seminggu dan elakkan makan kuning telur ayam.

Telur-telur ayam dan kulit telur ayam
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
·   Guru menerangkan ciri–ciri membentuk dan membuat binaan dan definisi bagi bidang membentuk dan membuat binaan menerusi penggunaan ICT.
·   Murid-murid telah dibekalkan dengan handout yang mengandungi penerangan tajuk.
·   Guru menerangkan ciri–ciri Teknik Membingkai pada tahap pemikiran murid-murid tahap 2. 
·   Guru menerangkan tentang bahan, alat teknik dan proses membuat frame gambar.
·      Telur ayam mempunyai nilai kegunaan protein (net protein utilization) 100 peratus dibandingkan dengan daging ayam (80 peratus) dan susu (75 peratus).
·      Kulit telur terdiri daripada kalsium karbonat yang juga merupakan bahan asas utama bagi beberapa jenis antacids.
·      Sekitar 9-12 peratus berat telur terdiri daripada kulitnya.
·      Kulit telur juga memiliki ruang liang halus sehinga oksigen dapat masuk dan karbon dioksida serta wap udara dapat keluar dari telur.
·      Bingkai Gambar boleh dijadikan buah tangan tetamu dan boleh diisikan dalam uncang organza atau 'goodies bag dan quot’.
·      Di samping itu juga, boleh diletakkan gambar ataupun ucapan.
·      Bingkai gambar boleh dibuat perhiasan yang sangat cantik dan hadiah kepada rakan-rakan.



Kaedah : Kelas
Strategi : Menunjukkan contoh Teknik Membingkai.
Nilai : Menghargai
Langkah 2
(10 minit)
·   Bagi memastikan murid-murid memahami apa yang dipelajari, guru mengarahkan mereka untuk menghasilkan 1 jenis bingkai gambar menggunakan Teknik Membingkai.
·   Murid-murid perlu menghasilkan bingkai tersebut dengan menggunakan bahantara seperti kadbod, kertas warna, kulit telur ayam, gunting, gam uhu dan reben.
·   Murid-murid perlu menghasilkan lakaran bentuk bingkai yang dikehendaki mengikut saiz yang sesuai.

Aktiviti:

·   Menghasilkan bingkai bergambar dengan menggunakan Teknik Membingkai.

Teknik:

·   Teknik Membingkai

Media/Bahan:

·  Gunting/pisau, kadbod (tebal & nipis), kertas warna, plastik transparensi, gam Uhu, reben, warna air dan kulit telur.
Pelbagai jenis dan bentuk bingkai gambar yang boleh dibuat sendiri.
Langkah 3
( 25 minit )
·   Murid-murid diarahkan untuk mengambil pasir, cecair pewarna makanan yang telah disediakan mengikut kumpulan masing-masing.
·   Guru membimbing murid-murid dengan menunjukkan secara manual pada setiap kumpulan yang telah dibahagikan oleh guru.
·   Murid-murid diingatkan supaya berhati-hati dalam penggunaan cecair pewarna makanan dan menjaga kebersihan kelas.
Teknik Membingkai

·     Mula-mula potong kadbod tebal mengikut saiz yang dikehendaki dan sesuai untuk diletakkan gambar.
·     sapukan gam pada sekeliling kadbod mengikut saiz yang dikehendaki
·     tampal kulit telur ayam yang telah dipecah-pecahkan kepada saiz yang kecil.
tampal kulit telur dalam keadaan jarak yang rapat-rapat supaya frame gambar lebih cantik.
·     Kulit telur ayam ditampal di keliling kadbod supaya bahagian tengah kadbod dapat diletakkan gambar.
·     Warnakan kawasan kulit-kulit telur ayam yang telah ditampal dengan warna air mengikut warna yang diingini.
·     biarkan kering seketika selama 5 minit supaya kulit telur ayam yang digam pada kadbod tadi kering.
·     setelah kering, gambar ditampal di tengah-tengah bingkai yang telah siap dibuat.
·     Reben boleh diletakkan dimana-mana bahagian yang sesuai untuk hiasan.



Kemuncak
( 5 minit )
·    Guru mengarahkan murid-murid menghentikan aktiviti.
·    Hasil kerja murid-murid yang telah siap dikumpul dan diletakkan di bahagian hadapan.
·    Murid-murid diberi peluang mengkritik hasil kerja rakan lain.
·    Murid-murid mendengar komen daripada guru.
Hasil kerja murid-murid di letakkan di hadapan.

Sesi kritik antara pelajar.

Sesi kritik guru.

Penutup
( 5 minit )
- Membuat rumusan
- Guru membuat rumusan tentang teknik dan kualiti produk yang telah dihasilkan murid.
Kaedah : Kelas
Strategi : Hasil kerja murid
Nilai : Bertolak ansur